fbpx

Bumbung Sekolah Agama Kampung Sawah tercabut dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENG MENG (tiga dari kanan) menunjukkan bumbung salah satu blok bangunan di Sekolah Agama Kampung Sawah, Pontian yang dilanda ribut petang semalam.

PONTIAN – Hujan lebat berserta ribut menyebabkan zink di salah sebuah blok bangunan Sekolah Agama (SA) Kampung Sawah, Pekan Nanas, di sini diterbangkan angin dalam kejadian petang semalam.

Guru Besar SA Kampung Sawah, Arinah Parman berkata, kejadian pada pukul 4 petang itu melibatkan bilik darjah satu yang menempatkan seramai 60 murid dan darjah lima dengan 55 murid.

Katanya, selain bilik darjah, turut terjejas ialah Pusat Sumber yang telah dimasuki air selain kerosakan pada siling dan tiga televisyen yang digunakan bahan pengajaran dan pembelajaran.

“Kerosakan dianggarkan kira-kira RM20,000 dan memerlukan pembaikan segera bagi bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan terutama pada musim hujan ketika ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan daripada ADUN Pekan Nanas, Tan Eng Meng, di sini, hari ini.

Tambah Arinah, SA Kampung Sawah mempunyai kira-kira 400 murid yang belajar pada sesi petang memandangkan kebanyakan mereka bersekolah pada sebelah pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawah.

“Memandangkan sesi persekolahan yang baharu akan bermula tiga minggu lalu, diharap kerja-kerja pembaikan perlu dilaksanakan segera bagi membolehkan digunakan bagi kemasukan murid-murid baru nanti,” ujarnya.

Sementara itu, ADUN Pekan Nanas, Tan Eng Meng, pihaknya akan berbincang dengan Ketua Kampung bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan secara gotong royong dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, peruntukan segera akan disalurkan daripada pejabat DUN Pekan Nanas dan Pejabat Ahli Parlimen Tanjung Piai bagi kerja-kerja penggantian zink, pembaikan siling dan lain-lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI