fbpx

‘Akut’ sewa bilik hotel selepas pecah masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Modus operandi seorang lelaki menyewa bilik hotel selepas melakukan jenayah pecah rumah gagal mengaburi pihak berkuasa apabila berjaya ditahan polis kelmarin. - Foto IHSAN POLIS

KOTA KINABALU – Modus operandi seorang lelaki menyewa bilik hotel selepas melakukan jenayah pecah masuk rumah gagal mengaburi pihak berkuasa apabila berjaya ditahan polis kelmarin.

Suspek dikenali sebagai ‘Akut’ itu diberkas diberkas di lobi sebuah hotel di Jalan Delima, Sadong Jaya kira-kira pukul 8 malam sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim berkata, suspek berusia 38 tahun ditangkap hasil operasi dan maklumat berterusan bahagian risikan dan operasi JSJ Sabah dalam usaha membanteras penjenayah pecah rumah di negeri Sabah.

“Hasil pemeriksaan mendapati banyak barangan ditemui dalam beg galas dan kereta sewa dipercayai barangan curi.

“Antaranya kamera, kasut, satu unit penggera kereta, topeng dan peralatan disyaki untuk pecah rumah.

“Turut dirampas pakaian serta kasut iaitu barangan yang dicuri di Inanam,” katanya.

Antara barangan dirampas oleh polis daripada suspek.

Azmi berkata, siasatan lanjut mendapati suspek mengaku bahawa dia bersama tiga lagi rakan sejenayah yang masih bebas telah memecah masuk rumah dan mencuri barang-barang dalam rumah.

“Suspek turut mengaku menjual beberapa barang yang dicuri kepada pembeli.

“Suspek dan barang rampasan seterusnya dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu,” katanya.

Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan tiga lagi suspek yang terbabit kes pecah rumah di bandar raya ini.

“Polis percaya suspek ini adalah ahli geng pecah rumah yang terbabit beberapa kes dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI