fbpx

292 PATI Indonesia dihantar pulang ke negara asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI Indonesia yang sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau.

KOTA KINABALU – Seramai 292 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal semalam.

Menggunakan pengangkutan laut Feri Purnama Express dan Francis Express dari Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia, kesemua PATI berkenaan sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pemindahan melibatkan 183 lelaki, 90 wanita dan 18 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun serta seorang bayi.

“Semua PATI ini melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963.

“Ini adalah program pemindahan siri 4 untuk kategori usir melalui laut bagi tahun 2024 ke negara asal masing-masing,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

SH Sitti Saleha berkata, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

Menurutnya, Jabatan Imigresen Sabah akan terus melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI