fbpx

Sistem aduan kekang berita dicuri, dicedok sesuka hati – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan mewujudkan satu sistem yang membolehkan pemilik berita atau pencipta kandungan membuat aduan sekiranya kandungan milik mereka digunakan tanpa kebenaran.

Ini kerana kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kebanyakan berita yang diambil dan ‘dicedok’ lalu dimuat naik tanpa kebenaran akan mengakibatkan maklumat itu disalah tafsir.

Malah katanya, ia turut memberi kesan kepada pemilik bahan tersebut kerana ia telah diubah suai seolah-olah ia dilaporkan oleh media asal.

“Saya melihat kita perlu ada satu sistem asas dengan pemilik asal kepada berita itu boleh membuat aduan. Sebagai contoh kepada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) supaya boleh diambil tindakan.

”Jadi di sini (sistem ini) belum lagi kita wujudkan, tetapi Insya-Allah boleh dibangunkan satu sistem yg mudah supaya kandungan hak cipta itu dapat kita jamin untuk mereka yang telah menghasilkannya,” katanya pada sidang akhbar selepas program Maxis 5G-Advanced Trial Showcase di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI