fbpx

Kastam Zon Tengah kutip hasil lebih RM37 bilion pada 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas media pada Majlis Ramah Mesra Pengurusan Tertinggi JKDM Zon Tengah bersama Media di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

SEPANG- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah berjaya memungut hasil duti dan levi bersih mencecah RM37.798 bilion pada tahun lalu.

Menurut Penolong Ketua Pengarahnya, Norlela Ismail, jumlah berkenaan juga melebihi 102 peratus daripada angka unjuran awal yang ditetapkan iaitu sebanyak RM36.850 bilion.

“Daripada keseluruhan hasil itu, Unit II iaitu Selangor merekodkan kutipan paling besar iaitu RM19.7 bilion berbanding sasaran ditetapkan sekitar RM19.25 bilion.

“Unit I pula merekodkan kutipan RM14.3 bilion pada 2023 iaitu turut menokok 102 peratus berbanding unjurannya pada kadar RM14.04 bilion.

“Sementara Unit III pula mencatatkan lonjakan 104 peratus iaitu RM3.7 bilion sepanjang tahun lalu daripada unjuran yang ditetapkan oleh pihak JKDM hanya RM3.56 bilion,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra JKDM Zon Tengah bersama Media di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penguatkuasaan pula, katanya, mereka berjaya menumpaskan 1,185 kes penyeludupan rokok, minuman keras dan lain-lain melibatkan nilai sitaan RM77 juta.

“Duti dan cukai yang sepatutnya boleh dikutip boleh mencecah RM105 juta, manakala sebanyak 210 kes tangkapan turut dilaksanakan sepanjang tahun lepas,” jelasnya. KOSMO. ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI