fbpx

2 peratus penduduk Malaysia berstatus OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 674,548 orang kurang upaya (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga 2022, iaitu dua peratus daripada penduduk Malaysia, berdasarkan Statistik Orang Kurang Upaya, Malaysia, 2022 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 36.3 peratus terdiri daripada OKU dalam kategori fizikal, diikuti oleh kategori masalah pembelajaran (35.1 peratus) dan masalah penglihatan (8.8 peratus).

Masalah pertuturan mencatatkan pendaftaran terendah iaitu 0.5 peratus.
Dalam sektor guna tenaga, penjawat awam OKU yang berkhidmat pada tahun 2022 adalah seramai 3,724 orang, meningkat daripada 3,694 orang pada 2021.

Sementara bagi sektor swasta, jumlah OKU yang berkhidmat pada tahun 2022 adalah 3,186 orang, meningkat daripada 1,377 orang pada 2021.

Statistik bagi pendapatan dan perbelanjaan pula menunjukkan pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah bagi isi rumah yang mempunyai OKU sebagai ahli isi rumah pada 2022 adalah RM4,390 dan pendapatan isi rumah kasar bulanan purata adalah RM5,679.

Perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata bagi isi rumah yang mempunyai OKU pula adalah RM3,974 pada tahun yang sama.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan sejumlah 1.3 bilion orang mengalami kecacatan yang ketara sehingga Mac 2023, iaitu 16 peratus daripada populasi penduduk dunia.

“Di Malaysia, peratus OKU berdaftar sehingga 2022 adalah dua peratus yang mana ianya lebih rendah berbanding anggaran WHO di peringkat global,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI