fbpx

[VIDEO] ‘Aman 1’ muncul mengejut sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video siaran udara mengejut Razarudin yang dimuat naik di akaun TikTok rasminya.

PETALING JAYA – ‘Aman 1’ sekali lagi muncul secara mengejut kali ini menerusi siaran udara Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Cheras, hari ini.

Kod atau nama gelaran yang merujuk kepada Ketua Polis Negara itu disampaikan Tan Sri Razarudin Husain bagi menitip pesanan dan teguran kepada anggota dan pegawai yang sedang bertugas.

Dalam pada itu, beliau turut memuji tindakan pantas ‘Cheras 1’ atau Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin yang pantas memberikan respon dari DCC itu.

Razarudin menerusi akaun rasmi TikToknya berkata, seluruh warga pasukan diminta agar sentiasa bersamanya dalam agenda membawa kebaikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Terima kasih ‘Cheras 1’ dan DCC Cheras atas respon yang pantas! Syabas saya ucapkan atas respons pantas Ketua Polis Daerah, ACP Zam Halim Jamaluddin bersama pasukannya.

“Saya minta semua pegawai dan anggota bekerja bersama-sama saya demi kebaikan pada PDRM, bukan bekerja untuk saya,” ujar beliau.

Tambah Razarudin, bagi merealisasikan visi dan misi pasukan itu, kerjasama merupakan aspek yang penting untuk dikukuhkan terlebih dalam kalangan anggota dan pegawai.

“Ayuh kita bekerja bersama-sama dalam menjayakan misi dan visi pasukan.

“Sentiasa pegang kepada nilai-nilai kepercayaan untuk terus berkhidmat kepada kepada masyarakat dan negara. Insya-Allah,” ujar beliau.

Terdahulu, Razarudin turut melakukan lawatan mengejut di beberapa IPD serta balai polis dalam memastikan kesemua anggota sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik buat masyarakat serta pasukan.

Antara lokasi yang beliau pernah dilaporkan melakukan lawatan mengejut adalah IPD Kajang, Selangor, Balai Polis Tambun, Perak, IPD Nilai, dan Balai Polis Mantin, Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

@igrazor Terima kasih Cheras 1 dan DCC Cheras atas respon yang pantas! Syabas saya ucapkan atas respon pantas Ketua Polis Daerah, ACP Zam Halim Jamaluddin bersama pasukannya. Saya minta semua Pegawai dan anggota bekerja bersama-sama saya demi kebaikan Polis Diraja Malaysia, bukan bekerja untuk saya. Ayuh kita bekerja bersama-sama dalam menjayakan misi dan visi Pasukan. Sentiasa pegang kepada nilai-nilai kepercayaan untuk terus berkhidmat kepada kepada masyarakat dan negara. Insya-Allah. #igrazor #polisdirajamalaysia #pdrm #fyp ♬ original sound – Tan Sri Razarudin Husain

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI