fbpx

Pemandu teksi bebas pertuduhan perdagang orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL Hidayah Md. Nor (kiri) dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan pemerdagangan seorang lelaki bagi maksud eksploitasi untuk meminta sedekah oleh Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini. Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Seorang wanita yang juga pemandu teksi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban daripada pertuduhan pemerdagangan seorang lelaki bagi maksud eksploitasi meminta sedekah di tempat awam, tiga tahun lalu.

Nurul Hidayah Md Nor, 32, dilihat sebak dan menitiskan air mata di kandang tertuduh selepas Hakim, Datin Surita Budin membacakan keputusan tersebut.

Surita berkata, selepas meneliti keterangan lapan orang saksi serta hujah bertulis pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

“Secara ringkas, mahkamah mendapati pendakwaan telah gagal membuktikan wujudnya elemen mangsa dieksploitasi sebagai orang yang diperdagangkan.

“Mengikut keterangan yang dibacakan, mangsa mengaku meminta sedekah atas kehendaknya sendiri dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak termasuk tertuduh. Oleh itu tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

“Mahkamah juga membenarkan wang jaminan sebanyak RM15,000 ke atas tertuduh sebelum ini dikembalikan,” katanya selepas membacakan alasan penghakiman selama kira-kira 10 minit di akhir pendakwaan kes tersebut.

Dua tahun lalu, berdasarkan pertuduhan, Nurul Hidayah didakwa memperdagangkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang bukan merupakan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi yang menyalahi undang-undang iaitu Seksyen 27(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Tertuduh didakwa telah menyuruh lelaki itu meminta sedekah di sekitar Seremban dan Senawang antara bulan Mei 2021 hingga 7 November 2021 sedangkan dia mampu mempunyai mata pencarian yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI