fbpx

MetMalaysia laksana ujian siren amaran tsunami esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) esok.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, pengujian siren itu akan dilaksanakan di Fish Research Institute, Kampung Pulau Sayak, Kedah pada pukul 9 pagi hingga 4 petang.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

“Pengujian siren turut dilakukan di Persatuan Nelayan LKIM Kuala Muda, Kampung Tepi Sungai, Kedah pada 9 pagi hingga 4 petang,” katanya di sini hari ini.

MetMalaysia turut memaklumkan pengujian tersebut akan dilaksanakan di Surau Al-Ibramsah, Kampung Sungai Yu, Kedah pada waktu sama.

“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” tambahnya.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat buah negeri pada petang ini.

Amaran itu dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) dan seluruh Pulau Pinang.

“Amaran juga diberikan di beberapa daerah di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

“Selain itu, turut dikenakan amaran ribut petir ialah di Tanah Tinggi Cameron, Pahang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI