fbpx

JKDM rampas 17,000 pistol angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela (dua kanan) menunjukkan mercun yang dirampas pihaknya pada sidang akhbar, hari ini. Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk 17,000 unit pistol angin daripada Hong Kong di Pelabuhan Barat, baru-baru ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, penemuan barangan mencecah RM4.4 juta termasuk cukai tersebut dilakukan menerusi penahanan sebuah kontena di pelabuhan itu.

Katanya, pistol angin itu didapati tidak mempunyai permit import daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mungkin mereka tidak menyangka bahawa barangan berunsur keselamatan ini memerlukan permit.

“Sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000 atau 20 kali ganda nilai barangan atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Selangor, Pelabuhan Utara hari ini.

Beliau turut memaklumkan pihaknya berjaya merampas 2,270 kotak pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM694,000 termasuk cukai.

Ujar Norlela, kesemua mercun tersebut dirampas di empat gudang dan sebuah kontena di sini dan Masjid Tanah, Melaka serta Trong, Perak.

“Kita turut menahan dua pemilik gudang termasuk wanita. Mereka mempunyai permit namun tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Selain itu, kita berjaya merampas 126,720 liter minuman keras berjumlah RM4.5juta termasuk cukai di sekitar Pelabuhan Utara di sini. Arak dan mercun dipercayai adalah untuk jualan ketika perayaan Tahun Baru Cina,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI