fbpx

Beras hibrid tidak perlu tambah lauk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beras berwarna merah jambu itu mempunyai tahap nutrien lebih tinggi. - Universiti Yonsei

SEOUL – Sekumpulan saintis di Universiti Yonsei, Korea Selatan mencipta beras berwarna merah jambu mengandungi campuran protein daging dan sel lemak, lapor laman berita Oddity Central.

Beras hibrid itu mengandungi lapan peratus lebih banyak protein dan tujuh peratus lebih lemak berbanding beras biasa.

Ia mengeluarkan campuran aroma kekacang dan kesedapan yang terdapat pada daging.

“Bayangkan kita memperoleh semua nutrien diperlukan daripada beras protein. 

“Beras biasa sudah mempunyai tahap nutrien tinggi, tetapi penambahan sel haiwan boleh meningkatkan lagi jumlah protein,” kata Park So-heyon selaku pengarang bersama kajian berkenaan diterbitkan dalam jurnal saintifik, Matter.

Untuk membantu sel daging lembu melekat pada beras, penyelidik menyalutinya dengan gelatin ikan dan membiarkan ia dikultur di dalam piring petri selama 11 hari.

Buat masa ini, peratusan protein dalam beras hibrid itu masih agak rendah. Penyelidik masih perlu meningkatkan kandungan protein dengan ketara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI