fbpx

‘Saya ketua kampung, saya yang urus orang mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang warga asing dicekup selepas sejam bersembunyi di bawah kolong di perkampungan PATi di Setia Alam semalam.

SHAH ALAM – Puak Madura dan Flores dari Indonesia tidak lagi bercakaran apabila mampu hidup bahagia dan aman damai di dalam satu perkampungan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang turut mempunyai ‘penghulu’.

Penghulu dikenali sebagai Anuar, 47, berkata, dia bertanggungjawab menguruskan urusan ‘penduduk’ kampung termasuk pengebumian atau penghantaran pulang mayat ke Indonesia.

Buruh binaan dari Surabaya itu antara 132 PATI yang ditahan pihak berkuasa dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Setia Alam di sini semalam.

“Semua urusan mengenai kematian dan penghantaran mayat saya uruskan bersama seorang lagi ketua puak Flores, Johaness, 40-an.

“Saya pula jaga puak Madura dan kami hidup aman antara dua bangsa yang selama ini sering bercakaran. Setakat ini tiada kes (pergaduhan) melibatkan kami,” katanya yang merupakan ketua kampung di situ.

Tinjauan mendapati hampir sebahagian besar rumah PATI tersebut mempunyai motosikal termasuk jenis Honda CBR 250 bagi memudahkan pergerakan mereka.

Lebih mengejutkan, ada tiga buah keluarga yang mempunyai kad pengenalan tempatan turut berada di perkampungan ber­kenaan.

Sepanjang operasi tersebut, terdapat segelintir PATI cuba melarikan diri dengan bersembunyi di kawasan belukar berhampiran kilang ayam dan me­ngunci dalam rumah, namun gagal apabila dicekup pihak berkuasa yang berjaya mengesan mereka.

Malah ada yang berjaya ditahan selepas sejam bersembunyi di bawah kolong salah sebuah rumah di kampung PATI tersebut.

“Saya menyorok di bawah kolong rumah jiran selepas me­nyedari perkampungan kami di­serbu pihak berkuasa. Ingatkan selamat, namun ditangkap juga,” ujar seorang PATI lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI