fbpx

Lelaki ambil periksa pakai baju pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YADAV (tengah) yang berpakaian pengantin mengambil peperiksaan konstabel polis di Uttar Pradesh semalam. - Foto Post English

NEW DELHI  – Seorang pengantin lelaki di negeri  Uttar Pradesh mengambil peperiksaan konstabel polis ketika dalam perjalanan untuk melangsungkan perkahwinan, lapor portal berita NDTV semalam.

Prashant Yadav membuat penampilan mengejutkan apabila dia memakai pakaian pengantin dan menerima tepukan daripada orang  ramai yang berada di pusat peperiksaan tersebut di Mahoba.

Dia membuat keputusan memakai baju pengantin  kerana pusat peperiksaan itu terletak di laluan ke majlis perkahwinannya.

Ketika bercakap tentang keputusan pengambilan peperiksaan itu, Yadav menyuarakan hasrat untuk berkhidmat kepada negara.

Pemuda itu juga menggesa orang ramai supaya lebih mementingkan peperiksaan berbanding dengan perkara lain jika berdepan situasi sepertinya.

Yadav berkata, dia akan mementingkan kerjayanya selepas mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya. – AGENSI        

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI