fbpx

100 klinik kayu di Sabah jadi bangunan konkrit 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara klinik kesihatan yang diperbuat daripada kayu yang masih terdapat di Sabah.

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah, Datuk James Ratib meletakkan sasaran dalam tempoh dua tahun menggantikan 100 klinik kesihatan diperbuat daripada kayu di negeri itu digantikan dengan bangunan konkrit.

James berkata, banyak bangunan klinik kesihatan terdapat di Sabah berada dalam keadaan usang sekaligus memberi gambaran yang memalukan.

“Klinik kesihatan di negeri-negeri lain dalam negara sudah digantikan dengan bangunan konkrit yang baharu. Tetapi Sabah masih mempunyai hampir 100 klinik kesihatan yang diperbuat daripada kayu. Bukankah ini perkara yang memalukan kita.

“Saya sendiri turun padang untuk melihat klinik-klinik kesihatan kayu ini. Oleh itu, pihak kementerian meletakkan sasaran bahawa isu ini dapat kita atasi pada tahun 2025. Tiada lagi klinik kayu dalam tempoh dua tahun ini,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Wisma Tun Fuad Stephen hari ini.

Dalam pada itu, James memaklumkan keadaan bangunan klinik kesihatan daif bukan sahaja berlaku di kawasan pedalaman Sabah namun ia turut melibatkan klinik kesihatan berada dalam bandar termasuk Kota Kinabalu dan Tuaran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI