fbpx

Selangor FC tiada isu lepaskan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUKHAIRI (depan) antara tonggak Selangor yang mungkin menyertai skuad kebangsaan ke Piala Asia B-23. – SELANGOR FC

HARAPAN skuad kebangsaan untuk mendapatkan pemain bertaraf bintang daripada Selangor FC di luar kalendar antarabangsa FIFA termasuk ‘ubi muda’ untuk skuad bawah 23 tahun (B-23) perlu mendapat lampu hijau daripada ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Ketua Pengawai Operasi ­Selangor FC, Aladdin Mostafa mengakui daripada aspek pe­ngurusan, pihaknya tiada masalah untuk melepaskan pemain mewakili skuad kebangsaan kerana agenda nasional perlu diberi keutamaan.

Katanya, isu pelepasan pemain perlu mendapat kelulusan daripada barisan kejurulatihan memandangkan pasukan baru sahaja menjalani kem latihan pramusim awal minggu ini.

“Saya rasa keputusan penuh kami berikan kepada Cheng Hoe yang akan menentukan sama ada pemain-pemain terbabit boleh dilepaskan atau sebaliknya.

“Buat masa sekarang, kita tiada isu untuk lepas pemain-pemain utama termasuk skuad B-23 yang kita tahu ramai pemain kami mewakili pasukan tersebut.

“Pihak pengurusan anggap perkara ini sebagai salah satu tanggungjawab atau agenda ­nasional demi kebaikan bola sepak kebangsaan,” katanya ­ketika ditemui Kosmo! Ahad.

Skuad Harimau Malaya dilaporkan akan kembali menjalani latihan pusat dalam masa terdekat bagi mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada bulan depan.

Antara pemain skuad Gergasi Merah yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada kempen Piala Asia 2023 baru-baru ini ­adalah Faisal Halim.
Selain itu, skuad B-23 kebangsaan juga merancang ­untuk me­ngumpul pemain sebagai per­siapan awal sebelum ke ­kejohanan Piala Asia B-23 di Qatar pada April nanti.

Antara pemain-pemain skuad Gergasi Merah yang berada dalam pasukan B-23 tersebut adalah Mukhairi Ajmal Mahadi, V. Ruventhiran, Zikri Khalili, Harith Haiqal Adam Afkar dan Aliff Izwan Yuslan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI