fbpx

Pencemaran sungai: Ladang ternak babi di Sungai Lembu diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ladang ternakan babi di Sungai Lembu, Bukit Mertajam. - FOTO Media Sosial

GEORGE TOWN – Sebuah ladang ternakan babi di Sungai Lembu, Bukit Mertajam dekat sini diarahkan ditutup selepas didakwa menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah, Kedah.

Pengerusi Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Negeri, Fahmi Zainol berkata, arahan itu dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPV) selepas mendapati ladang tersebut gagal memperolehi lesen secara sah.

”Ladang tersebut gagal dalam memperolehi lesen secara sah dan JPV sudah keluarkan arahan untuk kosongkan ladang tersebut. Saya menasihatkan semua pihak pemilik ladang untuk patuhi garis panduan dan arahan diberikan. Jika tidak tindakan undang-undang akan diambil,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesan berlakunya kegiatan melepaskan sisa ternakan babi disyaki dari ladang perkampungan Sungai Lembu, yang menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI