fbpx

TDM bantu mangsa banjir di Kuching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota TDM membantu mengemas rumah mangsa-mangsa di kawasan Matang dan Bau.

KUCHING – Seramai lima pegawai dan 59 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan Matang dan Bau, dekat sini sejak tiga hari lalu.

Turut diaturgerakkan ialah, tiga buah kenderaan tiga tan, dua buah bot dilengkapi jenis Outboard Motors (OBM) dan 60 pasang jaket keselamatan.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui pelaksanaan Op Murni telah mengaturgerakkan sebahagian trup dan aset milik Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu DiRaja (11 RAMD) di kawasan terjejas.

“Beberapa pasukan Briged Ketiga Infantri Malaysia turut siap sedia untuk diaturgerakkan bagi membantu proses pemindahan dan aktiviti pembersihan,” kata Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) menerusi satu kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI