fbpx

Sarawak ketiga tertinggi kes keganasan rumah tangga selepas Selangor, Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy semasa sesi sembang santai sempena Program Semarak Skuad Waja Sarawak 2024 di Kuching, hari ini.

KUCHING – Sarawak menjadi negeri ketiga tertinggi mencatatkan kes keganasan rumah tangga selepas Selangor dan Kedah dengan bilangan 2,345 kes sejak 2020 hingga tahun lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun lalu, kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan di negeri ini adalah sebanyak 473 kes berbanding 624 kes pada 2022.

“Terdapat penurunan sebanyak 24.2 peratus, namun Sarawak masih berada pada kedudukan ketiga tertinggi bagi kes keganasan rumah tangga,” katanya selepas menyempurnakan Program Semarak Skuad Waja Sarawak 2024, di sini hari ini.

Menurut Nancy, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes keganasan rumah tangga pada 2023 di seluruh negara mencatatkan bilangan 5,507 kes menurun berbanding 2022 yang merekodkan 6,540 kes.

Jelasnya, kebanyakan kes keganasan rumah tangga di negara ini dilakukan oleh individu dikenali mangsa seperti suami, bekas suami atau teman lelaki.

Jelas Nancy, kebanyakan mangsa sering memilih untuk tidak melaporkan kejadian yang dialami kerana bimbang akan pelaku selain tekanan sosial daripada keluarga atau rakan.

“Banyak kes yang tidak dilaporkan kerana dianggap sebagai masalah keluarga atau peribadi, malah ada kes mangsa tidak tahu cara untuk membuat laporan,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan tanggungjawab membanteras keganasan terhadap wanita bukan hanya terletak di bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya dipikul secara bersama termasuk masyarakat setempat.

“Oleh itu, penubuhan Skuad Waja merupakan langkah positif ke arah membangunkan kolaborasi yang baik antara kerajaan dan masyarakat dalam mengatasi isu keganasan terhadap wanita.

“Kesedaran dan pemahaman mengenai isu ini penting untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat tercapai,” kata beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI