fbpx

Pekerja korek hidung sebelum uli doh piza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja mengorek hidung sebelum menguli doh piza di sebuah restoran di Jepun, baru-baru ini. - Foto CEN

TOKYO  –  Sebuah rakaman video menunjukkan seorang pekerja yang memakai sarung tangan, mengorek hidung sebelum dia menguli doh piza di sebuah restoran piza popular, lapor akhbar The Sun semalam.

Restoran piza di wilayah Hyogo itu segera menutup operasinya dan memohon maaf kepada pelanggan kerana perbuatan tidak sopan pekerja tersebut. 

Klip video itu turut mengakibatkan ibu pejabat rangkaian restoran piza popular itu meminta maaf dan berjanji perbuatan sedemikian tidak akan berulang.

Suara ketawa seorang individu boleh didengari ketika dia melakukan rakaman video tersebut, baru-baru ini.

Permintaan maaf  dibuat oleh rangkaian restoran piza tersebut di platform X hanya beberapa jam selepas video itu tular di media sosial.

Syarikat itu menjelaskan bahawa individu yang melakukan perbuatan itu ialah pekerja sambilan dan tindakan diambil terhadap dirinya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI