fbpx

Tahanan lolos: Operasi pencarian dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Maklumat awam kini menjadi kaedah terakhir digunakan pihak berkuasa bagi mengesan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak, 1 Februari lalu.

Ia selepas sekatan jalan raya dan pencarian mengikut radius dihentikan baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, seramai 131 PATI telah lolos dalam kejadian itu yang mana 101 telah ditahan, manakala dua dilapor maut dalam kemalangan jalan raya.

“Pencarian dibuat berdasarkan maklumat orang awam, contoh bila jumpa mereka ini pergi ke masjid atau surau, orang kampung akan maklum pada kita (pihak berkuasa),” katanya pada sidang akhbar selepas membuat lawatan di kuarters Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, di sini, hari ini.

1 Februari lalu, seramai 131 tahanan dilaporkan bolos dari blok lelaki depoh berkenaan, termasuk seorang yang kemudian maut akibat kemalangan jalan raya.

Daripada jumlah tahanan yang melarikan diri itu, 115 adalah etnik Rohingya dan 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI