fbpx

Pesawat terhempas: Laporan awal dalam tempoh 30 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Laporan awal nahas sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor baru-baru ini akan disediakan dalam tempoh 30 hari.

Kementerian Pengangkutan memberitahu, langkah itu selaras dengan ketetapan digariskan Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (Annex 13 ICAO).

Jelasnya, laporan penuh pula akan disiapkan selewat-lewatnya 12 bulan daripada insiden tersebut.

“Susulan daripada kemalangan udara itu, siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 telah dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Kementerian Pengangkutan mulai tarikh kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, pesawat yang memiliki tanda pendaftaran I-POOC adalah milik Blackshape S.p.A yang merupakan sebuah syarikat Itali.

“Sky Media Ltd yang merupakan sebuah syarikat Hong Kong pula bertindak sebagai pengedar pesawat bagi pihak Blackshape S.p.A untuk rantau Asia Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, Sky Media Ltd telah melantik Aviation Safety Technology Pte Ltd (AST) iaitu sebuah syarikat Singapura untuk perkhidmatan pemasaran bagi pesawat Gabriel BK160TR.

“AST telah melantik juruterbang yang terlibat dalam kemalangan tersebut untuk mengendalikan pesawat Gabriel BK160TR (pendaftaran I-POOC) bagi tujuan promosi kepada pelanggan di Malaysia.

“Pada waktu kemalangan, pesawat Gabriel BK160TR itu mempunyai pensijilan kelayakan terbang (airworthiness certification) yang sah di bawah European Union Aviation Safety Agency (EASA),” katanya.

Menurutnya, siasatan akan diteruskan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan juga mengelakkan berlaku kemalangan sama di masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI