fbpx

PEDi akan dijenamakan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kanan) melawat PEDi di Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Komunikasi akan menjenamakan semula Pusat Ekonomi Digital (PEDi) menjelang suku kedua tahun ini dalam usaha memperluaskan perkhidmatan pusat sehenti komuniti itu.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, penjenamaan baharu itu selaras hala tuju dan fungsi PEDi yang kini sedang diperkasakan.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman dan pengamatan di lapangan, kebanyakan individu yang datang ke PEDi melakukan aktiviti yang bukan (berasaskan) ekonomi digital.

“Ada yang datang untuk mendapatkan maklumat mengenai geran dan ada yang mahu tahu mengenai bantuan serta perkhidmatan (agensi) kerajaan.

“Terdapat sesetengah PEDi yang turut mempunyai kemudahan sebagai pejabat pos dan saya lihat ada keperluan untuk kita dalam proses tambah baik PEDi.

“Selain itu, kenaikan elaun pengurus dan penolong pengurus PEDi antara sebab untuk kita buat perangkaan semula dan penjajaran baharu memandangkan fungsi PEDi boleh diperluas dalam membantu masyarakat mendapatkan maklumat lebih tepat berhubung dasar kerajaan, bantuan yang boleh mereka terima serta pelbagai perkhidmatan lain,” katanya kepada pemberita selepas selesai lawatan kerja ke PEDi Taman Gelugor Indah, Tasek Gelugor di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, penjenamaan semula dijangka akan dilaksanakan menjelang suku kedua tahun ini susulan proses itu akan memakan sedikit masa.

Sehingga Disember lalu, seramai 1.3 juta rakyat telah memanfaatkan 911 PEDi di seluruh negara termasuklah bimbingan kepada 28,649 usahawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI