fbpx

Pasangan nikah muda kesempitan wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Bajuri (kiri) menyantuni Muhamad Syafiq dan Nurliyana di bilik sewa mereka di pekan Nilai, Seremban semalam.

SEREMBAN – Satu pasangan muda terpaksa hidup berpindah randah dengan dua anaknya ekoran kesempitan hidup hingga pernah tidur di dalam kereta selama empat hari sebaik tiba di Nilai di sini dari Johor penghujung tahun lalu.

Muhamad Syafiq Abdullah, 25, berkata, dia bersama isteri, Nurliyana Kaafar, 26, dan dua anaknya berusia setahun dan tiga tahun juga pernah menumpang tidur di gerai milik Majlis Bandaraya Seremban berhampiran Dataran Nilai di sini selama dua minggu selain bermalam di stor.

Katanya, dia dalam proses untuk mendapatkan kerjaya sesuai memandangkan pekerjaan sebagai pemandu untuk pelajar universiti terhenti seketika ekoran cuti semester.

“Saya dan isteri memang hendak kerja tetapi atas kekangan salah seorang daripada kami kena berkorban kerana tidak mampu menghantar anak ke pengasuh. Lagipun kudrat saya masih kuat.

“Menjadi impian saya untuk memberi keselesaan hidup kepada keluarga dan mempunyai pekerjaan tetap,” katanya yang mempunyai kemahiran pendawaian.

Menurut Muhamad Syafiq, dia bersyukur apabila keluar­ganya dibantu oleh Pertubuhan Kebajikan Penduduk Nilai dan pihak lain yang simpati dengan keadaannya dengan memberi bilik sewa sekali gus menguatkan kembali semangatnya untuk membina semula kehidupan.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Penduduk Nilai, Mohd. Bajuri Abjat berkata, pihaknya membantu membayar sewa bilik berkenaan.

“Sesuatu yang sukar untuk memulakan hidup, namun kami akan terus bagi sokongan dan bimbingan kepada mereka supaya terus kuat.

“Diharap pasangan muda ini akan dapat diberikan peluang pekerjaan yang baik bagi menstabilkan semula ekonomi keluarga,” katanya.

Mana-mana pihak dan orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga tersebut boleh menyalurkan bantuan ke akaun CIMB Bank bernombor 7069432002 atas nama Nurliyana Jaafar atau boleh hubungi menerusi nombor telefon 011-5765 3882.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI