fbpx

MAIS bantu sumbang idea perluaskan kompetensi Badan Perundangan Negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) komited untuk bersama-sama membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ini termasuk sumbang saran dan idea untuk memudahkan jawatankuasa menganalisa dan mencadangkan kaedah terbaik bagi memperluaskan kompetensi Badan Perundangan Negeri bagi menggubal undang-undang jenayah syariah dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan selaras hasrat Sultan Selangor. Sultan Sharafuddin Idris Shah

“Justeru itu, MAIS menyeru umat Islam bertenang memberi peluang kepada jawatankuasa khas yang telah dilantik untuk membincangkan isu ini secara terperinci.

“MAIS turut menjunjung titah Sultan Sharafuddin yang mengingatkan umat Islam agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, MAIS juga menzahirkan sokongan atas titah Sultan Selangor supaya Majlis Agama Islam Negeri-Negeri sebagai pemegang amanah tunggal wakaf bekerjasama dengan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menjayakan usaha pembangunan wakaf di seluruh negara.

Tambah Abdul Aziz, MAIS telah menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Tahfiz Negeri Selangor bagi memastikan pelaksanaan program-program pendidikan Islam di Selangor dilaksanakan dengan berkesan.

Ini adalah bagi menyokong hasrat Sultan Selangor untuk untuk memperkukuhkan pendidikan agama Islam di negeri Selangor khasnya mengenai kepentingan penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar tahfiz untuk memahami makna sebenar ayat-ayat al-Quran.

“MAIS menyeru agar semua umat Islam di Selangor tidak menyalahgunakan agama demi kepentingan peribadi bagi mengekalkan keharmonian dan kemuafakatan dalam negara.

“Para ilmuwan Islam turut diseru untuk meraikan perbezaan pendapat serta menyelesaikan perbezaan pandangan tersebut secara ilmiah, berhemah serta memenuhi saluran yang betul,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI