fbpx

Lawatan kerja KPT ke Jepun perluas kerjasama strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry Abdul Kadir

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan mengadakan lawatan kerja ke Jepun bermula esok hingga 21 Februari ini.

Menurut kenyataan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), lawatan berkenaan bagi mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi memperluaskan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi di rantau Asia Timur.

Antara program terlibat adalah sesi libat urus bersama pelajar-pelajar Malaysia di Tokyo, Majlis Penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat kepada Timbalan Perdana Menteri di Shibaura Institute of Technology, lawatan kerja ke Tokyo National Institute (KOSEN), serta pertemuan dua hala dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun.

Turut diadakan, lawatan kerja ke beberapa universiti seperti Universiti Tsukuba dan Universiti Waseda bagi mendapatkan gambaran jelas terhadap program akademik yang ditawarkan.

“Kecerdasan buatan (AI) menjadi antara inovasi teknologi yang telah mempengaruhi transformasi pendidikan tinggi negara.

“Delegasi KPT juga akan melawat Tokyo University of Science, Katshusika Campus, Hasegawa Laboratory iaitu makmal yang memberi tumpuan antaranya bidang sains, kejuruteraan dan teknologi AI,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan sama, lawatan berkenaan diharapkan dapat meningkatkan kualiti sektor pendidikan tinggi negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI