fbpx
Syed Mohd. menunjukkan gambar bangkai kambing ternakannya yang dibaham harimau kumbang di Kampung Gelong Nibong, Teluk Pasu, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Kambing terjuntai lepas dibaham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Penduduk Kampung Gelong Nibong, Teluk Pasu, di sini, kini hidup dalam ketakutan apabila mene­mukan bangkai seekor ­kambing dalam keadaan mengerikan dipercayai dibaham harimau kumbang baru-baru ini.

Syed Mohd. Tuan Basin, 47 berkata, dia terkejut menjumpai bangkai kambing jantan milik­nya dalam keadaan terjuntai dan hanya tinggal kepala serta kaki di kawasan kandangnya pada 29 Januari lalu.

“Saya mengesyaki kambing jantan itu dibaham harimau kumbang berikutan penemuan beberapa kesan tapak kaki mirip binatang buas itu berhampiran kawasan kandang.

“Saya juga terdengar bunyi anjing menyalak kuat pada malam kejadian tetapi diabaikan. Tidak sangka rupa-rupanya harimau kumbang yang ceroboh kandang kambing saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Gelong Nibong, Teluk Pasu di sini semalam.

Tambahnya, beberapa penduduk juga mendakwa banyak kali terserempak dengan kelibat harimau kumbang di sekitar kampung termasuk terbaharu malam kelmarin.

Seorang lagi penduduk, Hajar Syed Abdullah, 35 berkata, kehadiran harimau kumbang terbabit memberi ancaman keselamatan kepada mereka terutama pekebun.

“Kami mula risau untuk keluar rumah terutama pada lewat petang dan malam.

“Selain itu, kami bimbang akan menjadi mangsa harimau kumbang terbabit,” ujarnya.

Sehubungan itu, penduduk memohon Jabatan Perlindungan Hidupan dan Taman Negara (Perhilitan) segera menangkap haiwan buas terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN