fbpx

Saran negeri tubuh jawatankuasa khas memperkasa enakmen kesalahan syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohd. Zakri.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kehakiman Syarie Terengganu menyarankan jawatankuasa khas memperkasa enakmen kesalahan syariah ditubuhkan di semua 13 kerajaan negeri.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. berkata, ia bertujuan memastikan isu mencabar udang-undang syariah yang membawa kepada pembatalan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini tidak berulang lagi.

Beliau menjelaskan Jabatan Kehakiman Syarie hanya melaksanakan enakmen syariah yang telah digubal Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Keperluan pelaksanaan hukuman bagi kesalahan syariah di setiap negeri adalah berbeza-beza,

“Jawatan kuasa khas di peringkat negeri perlu bagi memberi input kepada jawatan kuasa khas mengkaji kompetensi DUN untuk mengubal undang-undang Islam yang telah ditubuhkan di peringkat Persekutuan baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Wan Mohd. Zakri berkata, input di peringkat negeri mampu memberi cadangan terbaik bagi memperkasa mahkamah syariah untuk dipersembahkan kepada Majlis Kemajuan Islam (MKI).

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Panel sembilan hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8 -1 memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen Nik Elin Zurina dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman, 26, selaku pempetisyen bagi mencabar peruntukkan enakmen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI