fbpx

Remaja dibelasah kerana terlalu kacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk menggesa polis mengambil tindakan terhadap kumpulan remaja berusia antara 12 hingga 16 tahun itu kerana melakukan serangan ke atasnya.

BANGKOK – Seorang remaja Thailand berusia 15 tahun cedera parah selepas sekumpulan lelaki membelasahnya kerana dikatakan terlalu kacak, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Mangsa, Mooyong, 15, dimasukkan ke sebuah hospital pada Ahad lalu selepas serangan itu dan tidak sedarkan diri selama dua hari.

Selepas pulih, dia menceritakan kejadian itu kepada saluran televisyen Channel 3, semalam.

Menurut Mooyong, dia bersama empat rakannya pergi ke kedai gunting rambut pada hari kejadian dan terserempak dengan empat remaja terbabit.

Mereka kemudian mencabar Mooyong dan rakannya untuk bergaduh. 

Tambah Mooyong, dia diberitahu oleh empat remaja berkenaan bahawa mereka berasa iri hati dengan ketampanannya. 

Susulan kejadian itu, beberapa penduduk Ban Nong Kanon Simma, wilayah Udon Thani, menggesa polis mengambil tindakan terhadap kumpulan remaja berusia antara 12 hingga 16 tahun itu kerana melakukan serangan tersebut.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI