fbpx

Lelaki bakar kereta polis untuk raih tontotan di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta peronda polis bantuan yang dibakar di hentian bas Stesen MRT Mutiara Damansara, Petaling Jaya, awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Mahu meraih tontonan tinggi di TikTok dipercayai motif seorang lelaki membakar kereta polis bantuan dan menconteng perkataan jelik di hentian bas Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 25 tahun itu didapati positif dadah jenis morphine.

“Hasil siasatan lanjut mengesan suspek tiada rekod jenayah lampau.

“Semakan di akaun media sosial pula mendapati suspek telah memuat baik video kebakaran tersebut yang berdurasi lima saat di TikTok dipercayai akaun miliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis merampas beberapa peralatan antaranya tukul besi dan botol air bagi mengisi petrol disyaki digunakan dalam kebakaran tersebut.

“Permohanan reman terhadap suspek akan dibuat esok bagi membantu siasatan yang dijalankan,” kata beliau.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pekerja p-hailing ditahan selepas disyaki membakar kereta polis bantuan dan menconteng perkataan jelik di hentian bas di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, di sini, hari ini.

Mohd Fakhrudin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.42 pagi tadi.

Suspek kemudian ditahan di rumahnya di Flora Damansara, di sini, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Kata beliau, siasatan awal dilakukan mendapati suspek juga ada melakukan vandalisme dengan mencoteng hentian bas itu sebelum membakar kereta berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI