fbpx

Beras Madani dijual RM30 sekampit mulai Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUCHONG – Kerajaan memansuhkan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini dengan memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih yang dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dalam satu sidang akhbar, di sini, hari ini.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, penetapan harga siling baru bagi beras berkenaan akan berkuat kuasa pada Isnin ini dan pengguna boleh mula mendapatkan di pasaran bermula 1 Mac depan.

“Harga yang ditetapkan adalah RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg), berkuat kuasa Isnin ini. Kerajaan memberi tempoh 10 hari kepada pemain industri beras untuk membuat penyelarasan dari segi pembungkusan dan pemasaran.

“Semua jenis pembungkusan dan warna dibenarkan sehingga stok pengampitan di pemborong habis. Dalam masa yang sama, penguatkuasaan dari Bahagian Kawal Selia Padi Beras, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan diperhebatkan untuk memastikan bekalan beras putih ada di pasaran selain memastikan tiada lagi harga beras putih selain dari RM30 sekampit.

“Ini merupakan antara usaha bagi menangani harga beras putih yang meningkat serta ketiadaan beras putih tempatan di pasaran tempatan dan mengambil kira tiada kenaikan harga beras putih selama 18 tahun. Perkara ini sudah dibentang dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Syed Abu Hussain turut mengesahkan bahawa berlakunya manipulasi melibatkan bekalan beras putih tempatan sehingga ia sukar didapati di pasaran.

“Tindakan ini berpunca akibat tiada kawalan harga ditetapkan bagi bekalan beras putih import, menyebabkan harga barangan berkenaan sentiasa tinggi selain didorong faktor lonjakan harga import akibat kenaikan harga beras global.

“Ia menyebabkan label beras putih tempatan akhirnya ditukar kepada beras putih import atau ia dicampur dan sebagainya,” ujarnya.

Sebelum ini, harga kawalan maksimum beras Super Spesial Tempatan lima peratus (SST5) di peringkat runcit ialah RM2.60 sekilogram seperti termaktub dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI