fbpx

SPRM tahan pegawai TLDM terlibat kartel perolehan projek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan seorang pemilik syarikat susulan kes sindiket kartel kerja-kerja perolehan melibatkan sebuah kem TLDM di sini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki masing-masing berusia 42 dan 55 tahun tersebut telah ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 4 petang hari ini bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Terdahulu, SPRM menahan tiga individu atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 buah syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem TLDM melibatkan jumlah nilai perolehan keseluruhan melebihi RM9 juta.

Siasatan mendapati pembayaran penuh telah dibuat sedangkan pembinaan masih belum siap dengan sempurna.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pukul 8.30 pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI