fbpx

Pesawat Terhempas: Mayat dua mangsa tiba di HTAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua trak polis yang membawa mayat juruterbang dan pembantu pesawat ringan model BK 160 Gabriel tiba di HTAR. - Foto oleh Saddam Yusoff

KLANG- Suasana hujan lebat mengiringi ketibaan mayat dua mangsa nahas sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini malam ini.

Dua trak polis yang membawa dua mayat tersebut tiba kira-kira pukul 8.45 malam ini dengan diiringi beberapa anggota polis trafik.

Kedua-dua mayat tersebut adalah juruterbang pesawat itu, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 dan pembantunya Roshaan Singh Raina, 42,

Terdahulu, kedua-dua trak polis yang membawa mayat berkenaan dibawa keluar secara berasingan dari lokasi kejadian di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Tok Muda, Kapar kira-kira pukul 8.10 malam

Setakat ini, tiada kelibat ahli keluarga dan waris dua mangsa yang berkumpul atau menunggu di unit tersebut ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI