fbpx

Pekerja ladang tembikai mati dengan lapan kesan tikaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki warga Myanmar ditemui di tempat pembuangan sawit di ladang tembikai di Batu 7 Binjul di Kuala Ketil, Baling, kelmarin.

BALING – Seorang pekerja ladang tembikai maut dengan kesan tikaman di badan selepas bergaduh dengan rakan sekerjanya di kawasan ladang tanaman itu di Batu 7 Binjul, Kuala Ketil, di sini kelmarin.

Mayat Kyuk Sikay, 36, ditemukan di tempat pembuangan sampah sawit. Terdapat tujuh kesan tikaman pada bahagian hadapan dada, manakala satu tikaman lagi pada rusuk kiri.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima aduan daripada pengurus ladang pada pukul 7.50 pagi, Ahad lalu berhubung kejadian pergaduhan melibatkan dua pekerja warga Myanmar sehingga mengakibatkan seorang daripada mereka maut.

Katanya, seorang lagi pekerja asing yang cedera telah melarikan diri.

“Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang tiba di lokasi kejadian menemukan mangsa dalam keadaan terbaring di dalam lubang tempat pembuangan sampah.

“Pemeriksaan awal menemui tujuh kesan tikaman di dada dan satu tikaman di rusuk kiri,” katanya, di sini hari ini.

Menurutnya, lokasi kejadian terletak kira-kira 500 meter dari khemah penginapan warga asing berkenaan.

“Pengesanan Unit Anjing Pengesan menemukan lima pakaian yang mempunyai kesan darah direndam dalam baldi di belakang khemah penginapan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI