fbpx

Tinju muka isteri angkara cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BEAUFORT – Seorang lelaki ditahan selepas mengamuk dan menumbuk muka isterinya dalam kejadian di Kampung Siaun, Menumbok di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa yang berusia 34 tahun mengalami kecederaan di pipi kanan dan luka di bawah kening.

Kejadian dipercayai berlaku apabila suspek yang berusia 35 tahun mengesyaki pasangannya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di dalam kereta di hadapan rumah pasangan terbabit.

“Suspek tiba-tiba naik angin lalu memukul muka mangsa (isteri). Lelaki itu juga bertindak mengugut untuk membunuh mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, bertindak atas laporan itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah dan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Menumbok memberkas suspek bagi membantu siasatan.

“Punca kejadian disebabkan suspek cemburu dan menuduh isterinya ada hubungan dengan lelaki lain. Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI