fbpx

Norreen Iman menangis pertama kali jejak kaki di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah, pelakon Norreen Iman menangis tanda syukur dan penuh insaf.

PETALING JAYA – Hanya air mata yang menjadi peneman buat pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman saat pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah.

Norreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah berkata, kehadiran menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah terjadi secara tiba-tiba selepas mendakwa tergerak hati untuk ke Tanah Suci.

“Alhamdulillah. Masha-Allah. Saya gembira sangat. Ini sahaja gambar yang saya boleh tersenyum depan Kaabah. Gambar lain muka nak menangis sahaja.

“Terima kasih atas jemputan-Nya. Semua secara tiba-tiba. Terima kasih sebab Kau zahirkan satu suara kuat dalam hati saya untuk pergi menunaikan umrah,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.

Ujar pelakon drama Cina Buta itu lagi, saat hatinya ‘dijentik’ untuk ke Tanah Suci, dia menggigil sendirian dan bertanya pada diri sendiri tentang ‘suara’ yang menyerunya untuk menunaikan umrah.

Lebih membuatkan Norreen terharu apabila segala persiapan yang dibuat untuk berangkat ke Mekah, dipermudahkan Allah SWT.

“Tak pernah seumur hidup saya menggigil dan bertanya pada diri sendiri, suara siapakah itu? Saya bermonolog ke?

“Bila semua (urusan) dipermudahkan dalam waktu masa singkat, sampai sini (Tanah Suci), macam-macam momen seronok terjadi pada saya. Sangat seronok!” ujarnya.

Tambah Norreen, dia turut meluahkan hasrat untuk kembali ke Tanah Suci ketika Ramadan nanti dan berdoakan agar pengikutnya dalam media sosial, turut diberikan rezeki untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.

“Harap boleh datang sini lagi bila Ramadan. Saya doakan, semua yang tengok perkongsian ini, insya-Allah dapat datang dalam masa terdekat, dengan keadaan sihat dan juga mampu. Amin,” katanya.

Meninjau dalam ruangan komen, perkongsian menusuk hati Norreen turut memberi kesan kepada pengikutnya apabila rata-rata bersyukur dan gembira dengan hidayah yang diperoleh pelakon itu.

“Semuanya rahsia Allah SWT. Satu saat, dia antara yang jauh dari rahmat Allah. Di satu saat kemudian, dia antara kesayangan Allah. Tiada siapa yang tahu,” ujar seorang pengikutnya.

“Makin tenang tengok muka Norreen. Hebatnya orang yangt boleh berubah. Moga terus kuat di jalan hijrahmu,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Sumpah kagum tengok Norreen. Dia boleh pada semua foto tidak menutup aurat sebelum ini. Alhamdulillah, satu penghijrahan yang hebat. Semoga terus istiqamah dan dipermudahkan segala urusan,” ujar seorang pengguna Instagram.

Difahamkan, Norreen yang berlepas ke Tanah Suci pada 7 Februari lalu, turut ditemani suaminya, Razzi Razak dan seorang rakan yang juga isteri kepada pelakon, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan.

Terdahulu, Norreen, 30, memutuskan untuk bertudung sepenuhnya pada 1 Februari lalu, selepas berdepan peristiwa menginsafkan.

Ibu kepada dua cahaya mata itu menangis apabila memadam semua gambar lama yang tidak berhijab dalam Instagramnya.

Selain memadam gambarnya yang tidak menutup aurat, Norreen juga mengambil keputusan membuat jualan preloved kesemua baju seksi miliknya.

Bagaimanapun Norreen hanya menjual pakaian terpakai tersebut kepada orang bukan beragama Islam kerana enggan menanggung dosa sekiranya digayakan wanita Muslim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI