fbpx

[VIDEO] Terpaksa beri bayi kurma, sukar dapat susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bayi di Gaza, Palestin diberi kurma oleh ibunya kerana ketiadaan bekalan susu.

PETALING JAYA – Seorang ibu warga Palestin terpaksa memberikan bayinya menghisap kurma gara-gara kesukaran mendapatkan bekalan susu selepas serangan berterusan oleh Zionis Israel.

Video bayi menghisap kurma tersebut dikongsikan seorang wartawan di Palestin, Hani Aburezeq pada Instagram hari ini sekali gus mendapat perhatian daripada penduduk seluruh negara.

“Disebabkan kekurangan susu, seorang wanita memberikan kurma kepada bayinya kerana tidak mampu untuk mendapatkan susu kepadanya,” katanya pada kapsyen video tersebut.

Ia mengundang simpati orang ramai selain marah dengan tindakan kejam Zionis Israel yang sehingga kini masih belum menghentikan kekejaman terhadap penduduk di Palestin.

“Dan penduduk Israel pula berhimpun di sempadan dan menghalang lori bantuan kepada penduduk Gaza,” kata seorang pengguna Instagram.

“Saya mahu orang yang menghalang bantuan lihat video ini dan dalam masa sama, penduduk dunia pula melihat mereka. Mereka menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa mereka tidak berperikemanusiaan,” kata pengguna yang lain.

Terdahulu media antarabangsa melaporkan, beratus-ratus penunjuk perasaan Israel menghalang trak bantuan kemanusiaan daripada memasuki Semenanjung Gaza di sempadan Kerem Shalom, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Penunjuk perasaan yang juga terdiri daripada ahli keluarga tebusan Hamas mengibar bendera Israel di lintasan utama sempadan ke wilayah Palestin tersebut.

Mereka menuntut supaya tiada bantuan dihantar ke Semenanjung Gaza sehingga semua tebusan yang ditawan Hamas dibebaskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI