fbpx

Pinda akta sekat suara, kreativiti guru sekolah – Cikgu Fadli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cikgu Fadli ketika sesi siaran langsung di Facebooknya malam tadi

PETALING JAYA – Guru matematik, Mohd. Fadli Salleh menggesa kerajaan supaya meminda akta dan peraturan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyekat kebebasan guru untuk menyuarakan pandangan serta teguran terhadap kelemahan dalam sistem pendidikan negara.

Beliau yang mesra disapa sebagai Cikgu Fadli mendakwa, akta dan peraturan berkenaan menyebabkan beberapa pendidik yang dikategorikan cemerlang mula tawar hati untuk terus berkhidmat di bawah KPM.

Cikgu Fadli menerusi siaran langsung di Facebooknya malam tadi mendedahkan pemenang Anugerah Hadiah Guru Global 2020, Samuel Isaiah yang terkenal kecermelangannya dalam kalangan pendidik kerana  kreativiti beliau mengajar bahasa Inggeris kepada murid Orang Asli juga telah meletakkan jawatan.

Katanya, Samuel mengambil tindakan itu kerana merasakan sistem KPM menyekat dirinya untuk mengajar dalam suasana yang lebih kreatif agar kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagainya.

“Satu kehilangan yang sangat besar bagi dunia pendidikan. Seorang guru yang ikhlas mengajar. Dikasihi oleh murid-murid. Dikagumi rakan-rakan guru lain. Beliau kini menyertai sebuah badan bukan kerajaan berkaitan pendidikan.

“Ada beberapa guru adiwira menyuarakan mahu keluar daripada sistem pendidikan. Terlalu banyak akta mengikat guru untuk kreatif dan bersuara.

“Kalau ada pengawai KPM dan menteri sedang menonton, tolong lakukan sesuatu unuk guru-guru yang bagus seperti itu kekal berada dalam sistem,” katanya.

Selain itu, Cikgu Fadli berkata, walaupun sebelum ini Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan bahawa guru bebas untuk memberi pandangan namun dia merasakan perkara tersebut hanya bersifat sementara selagi akta dan peraturan terbabit tidak dipinda.

“Bila keluar daripada mulut menteri macam itu, akta itu tertangguh sementara sebab akta peraturan 1993 menyatakan mana-mana penjawat awam tidak boleh mengkritik atau mengeluarkan pandangan kecuali dengan kebenaran menteri.

“Jadi secara umumnya bila bulan Mac 2023 menteri Fadlina mengeluarkan kenyataan akhbar, setakat ini bolehlah guru bersuara. Sebab akta itu tertangguh.

“Namun adakah akta itu mansuh? Tidak. Sebab akta dan pekeliling itu masih berkuatkuasa. Sekiranya ada pertukaran menteri pendidikan, pekeliling ini akan terpakai balik,” jelasnya.

Cikgu Fadli juga berpendapat bahawa Fadhlina kini menggalas satu tanggungjawab besar untuk mengembalikan kepercayaan dan kegemilangan KPM.

Terdahulu, Cikgu Fadli dilaporkan mengambil keputusan untuk bersara awal selepas perkara itu dibuat sejak setahun lalu.

Pada 2022, Cikgu Fadli pernah dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan susulan pendedahan mengenai kelantangan beliau bersuara mengenai silibus pendidikan negara termasuk isu beg sekolah, namun didapati tidak bersalah dan tiada sebarang tindakan tatatertib dikenakan oleh KPM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI