fbpx

Lans Koperal maut dalam nahas motosikal, lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noramalina dipercayai terjatuh di hadapan lori selepas bergesel dengan lori berkenaan.

KUALA LUMPUR – Seorang anggota wanita berpangkat Lans Koperal meninggal dunia manakala pembonceng berpangkat Koperal cedera parah selepas motosikal bergesel dengan sebuah lori di Lebuh Raya DUKE selepas Tol Batu dari Setapak menghala ke Sungai Besi, di sini, pada Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan antara motosikal Yamaha Ego Solariz dan lori Rigid terjadi kira-kira pukul 12.58 tengah hari.

Katanya, kemalangan berlaku semasa motosikal dari arah Setapak menghala ke Sungai Besi melalui Lebuh Raya DUKE, apabila sampai di susur keluar ke arah Jalan Kuching.

“Kedua-dua kenderaan telah bergesel dan menyebabkan penunggang motosikal terjatuh di hadapan lori tersebut.

“Penunggang iaitu Lans Koperal Noramalina Rozi ,31, disahkan maut di lokasi akibat mengalami kecederaan parah.

“Sementara itu, pembonceng motosikal, Koperal Analisa Abdilla, 33, mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan lanjut.

“Pemandu lori lelaki berusia 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana Balai Polis berhampiran,” katanya -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI