fbpx

Elaun Ahli Majlis tidak capai KPI ditahan, tamat perkhidmatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI Majlis mengangkat sumpah pada Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Datuk Bandar, Yang Dipertua, Ahli Majlis dan Ahli Majlis Turut Hadir PBT Negeri Melaka 2024 di MITC Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Ahli Majlis yang gagal mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kerajaan negeri bakal berdepan tindakan tegas termasuk penahanan elaun dan penamatan perkhidmatan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, Ahli Majlis yang mencapai KPI kurang daripada 50 peratus untuk tempoh tiga bulan berturut-turut atau sebanyak tiga kali dalam tempoh enam bulan perkhidmatan boleh dikenakan tindakan.

“Pentaksiran itu akan dibuat melalui Laporan Penilaian Prestasi Bulanan (LPNB) Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka. Kita akan memantau prestasi Ahli-Ahli Majlis dalam pelbagai sudut antaranya kehadiran mesyuarat, pengajuran program kebersihan dan aktiviti gotong-royong di kawasan PBT.

“Saya mahu penilaian dibuat pada tahun ini hingga 2025 bagi mengukur prestasi melalui indikator yang telah ditetapkan dan ambil perhatian yang serius terhadap perkara yang saya sebutkan tadi,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Datuk Bandar, Yang Dipertua, Ahli Majlis dan Ahli Majlis Turut Hadir PBT Negeri Melaka 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI