fbpx

23 motosikal, 1 ATV musnah bengkel terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bengkel motosikal di Kampung Guar Perahu dilaporkan terbakar sepenuhnya, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 23 buah motosikal dan sebuah kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Arumugam Pillai, Kampung Guar Perahu, Bukit Mertajam di sini, pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti, Mohd. Fadzil Othman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 3.18 pagi dan operasi pemadaman api melibatkan BBP Perai.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan sebuah bengkel motosikal dengan kemusnahan sebanyak 70 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan 23 unit motosikal dan satu unit ATV yang musnah 90 peratus dalam kebakaran itu.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung punca kebakaran dan kerugian yang dialami mangsa sedang dalam siasatan Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO). Tambahnya, operasi menyelamat dan memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada pukul 5.50 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI