fbpx

Terpulang pemaju mahu terus, pinda projek asrama pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tengah) hadir merasmikan pembukaan Hotel Marriot Penang, di Persiaran Gurney, hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri menunggu tindakan lanjut daripada pihak pemaju projek pembinaan asrama pekerja asing di Teluk Kumbar sama ada mahu meneruskan atau meminda perlaksanannya.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana pihak pemaju projek itu telah mendengar bantahan daripada penduduk setempat menerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing di Teluk Kumbar.

“Masing-masing boleh meneruskan apa yang mereka mahu, kalau mereka (penduduk) mahu terus bantah mereka boleh terus bantah.

“Terpulang pada pemaju sama ada mahu teruskan atau meminda, mengecilkan skala projek atau apa-apa sahaja.

“Kita menunggu keputusan pemaju, kita tidak boleh halang sesiapa sahaja untuk mengemukakan permohonan,” katanya selepas merasmikan pembukaan Hotel Marriot Penang di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri menyerahkan kepada Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing Teluk Kumbar dan pemaju untuk membincangkan mengenai bantahan projek asrama warga asing di Teluk Kumbar.

Ini kerana, Kon Yeow berkata, Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan kelulusan kebenaran merancang yang diberikan oleh MBPP.

Pada Disember tahun lalu, lebih 1,000 penduduk tempatan di Teluk Kumbar mengadakan demonstrasi aman bagi membantah serta mendesak Kerajaan Pulau Pinang untuk segera membatalkan projek pembinaan asrama pekerja warga asing yang dikatakan mampu memuatkan lebih 30,000 pekerja asing di kawasan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI