fbpx

Pelajar JPA kerja luar negara boleh tangguh pulang Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara boleh dipertimbangkan untuk menangguhkan kepulangan ke Malaysia bagi tujuan bekerja di luar negara.

JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat untuk memberi peluang kepada pelajar tajaan kerajaan menimba pengalaman dan kemahiran pekerjaan di luar negara sebelum balik berkhidmat di dalam negara.

Ujar kenyataan itu, antara syarat yang boleh dipertimbangkan adalah kebenaran bekerja perlu berdasarkan permohonan dikemukakan oleh pelajar tahun akhir di peringkat Ijazah Pertama dan tidak diberikan secara automatik.

“Tempoh penangguhan yang dibenarkan untuk bekerja di luar negara juga adalah tidak melebihi tiga tahun.

“Selain itu pelajar tajaan pinjaman dikehendaki membayar balik nilai pinjaman secara ansuran bulanan dalam tempoh penangguhan tersebut.

“Bagi tempoh bekerja di luar negara pula akan dikira sebagai Tempoh Ikatan Berkhidmat yang ditetapkan di dalam perjanjian,” katanya.

Tambah kenyataan itu, bagi pelajar tajaan pinjaman, pelarasan bayaran balik nilai pinjaman berdasarkan sektor pekerjaan dalam negara hanya dibenarkan sekali sahaja setelah pelajar pulang ke Malaysia tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Jelasnya, permohonan boleh dibuat mulai 15 Februari ini melalui laman sesawang https://myself.jpa.gov.my.

“Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Soalan Lazim atau maklumat perhubungan yang disediakan di laman sesawang tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI