fbpx

Lantai bas runtuh, penumpang jatuh atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa terselamat selepas terjatuh melalui lubang tersebut. - India Today

NEW DELHI – Seorang penumpang terjatuh di atas jalan raya di bandar Chennai, India selepas lantai bas dinaikinya runtuh ketika sedang bergerak, lapor stesen penyiaran NDTV hari ini.

Mangsa dilaporkan menaiki bas Perbadanan Pengangkutan Metropolitan (MTC) dalam perjalanan antara Vallalar Nagar dan Thiruverkadu.

Kejadian itu berlaku berhampiran kawasan kejiranan Aminjikarai, semalam.

Sejurus bangun dari tempat duduk, lantai yang dipijak penumpang wanita itu tiba-tiba runtuh sehingga menyebabkan dia terperosok melalui lubang dan terjatuh ke atas jalan raya.

Penumpang lain kemudian memaklumkan kepada pemandu bas mengenai kejadian itu sebelum berjaya mengelakkan mangsa daripada digilis kenderaan lain. 

Mangsa dilaporkan selamat, namun mengalami kecederaan ringan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI