fbpx

Ibu cuba selamatkan anak punca dua beranak lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAWAU – Wanita yang ditemukan lemas di kolam berhampiran rumahnya di Kampung Nasib Kita, di sini semalam dipercayai cuba menyelamatkan anaknya sebelum dua beranak terbabit lemas.

Suriani Amir, 41, dan anak lelakinya Risdy Rudy, 7, ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa sudah dijalankan di Unit Forensik Hospital Tawau pada pukul 10 hingga 12 tengah hari tadi.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pakar patologi mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah yang didapati terhadap kedua-dua mangsa.

“Selain itu, tiada kesan lebam, hirisan, tetakan akibat kejadian jenayah ataupun kejadian rogol,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, punca kematian kedua-dua mangsa adalah disebabkan mati lemas.

“Siasatan mendapati mangsa kanak-kanak dipercayai telah lemas di dalam kolam dan ibunya cuba untuk menyelamatkan namun tidak berjaya dan turut lemas bersama anaknya dan siasatan masih diteruskan, bagaimanapun setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Terdahulu, wanita bersama anaknya ditemukan lemas di dalam kolam berhampiran rumah mereka oleh orang kampung di Kampung Mangga, Jalan Nasib Kita semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI