fbpx

F1: Bottas nafi kembali ke Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOTTAS dikait kembali ke Mercedes selepas dilihat berada di Brackley selepas Hamilton mengumumkan mengenai penghijrahannya. - AFP

LONDON – Valtteri Bottas dikaitkan akan menyertai pasukan Mercedes semula selepas pelumba Finland itu dilaporkan berada di Brackley sehari sebelum bekas rakan sepasukannya, Lewis Hamilton membuat pengumuman untuk menyertai Ferrari bermula musim 2025 nanti.

Pada pelancaran pasukan Sauber di London, Bottas menafikan bahawa dia telah berjumpa dengan ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff di Brackley untuk membincang soal kontrak bagi menggantikan tempat Hamilton tahun depan.

“Saya memang berada di Brackley, tetapi bukan berada di kilang Mercedes dan saya berada di sana melakukan perkara lain.

“Saya juga tidak bercakap dengan Toto (Wolff) melalui telefon. Mengenai kembali Mercedes, keutamaan saya adalah projek Audi dan itu adalah sasaran saya.

“Jika itu tidak berlaku, saya tahu keutamaan saya dan saya ada senarai saya (pasukan),” katanya.

Kontrak Bottas akan berakhir pada penghujung 2024 bersama pasukan Alfa Romeo dan ketika ini Mercedes mencari pemandu baharu untuk bergandingan dengan George Russell.

Sebelum ini, Bottas telah membantu Mercedes merangkul lima gelaran pengeluar berturut-turut dan menamatkan perlumbaan Formula Satu (F1) sebagai naib juara dunia kali berturut-turut di belakang Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI