fbpx

Pemberian BAP capai 80 peratus, diselesaikan sebelum 10 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina.

SEREMBAN – Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) kini sudah mencapai 80 peratus dan akan diselesaikan sebelum 10 Februari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, proses pemberian BAP yang disalurkan bermula bulan Januari lalu itu juga telah berjalan dengan baik dan diharap dapat meringankan beban ibu bapa menjelang sesi persekolahan akan datang.

“Di Negeri Sembilan ia membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM26,458,050 di kesemua 478 buah sekolah dan kepada seramai 176,387 murid.

“Jadi kami harapkan pemberian BAP akan dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum Sabtu ini. Kementerian Pendidikan percaya ia dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Hari Perpaduan Silang Budaya Dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Sembilan 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nilai Impian, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI