fbpx

Kucing sawan selepas diberi ubat kutu beli ‘online’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor kucing mengalami sawan selepas didakwa diberikan ubat kutu dibeli dalam talian.

PETALING JAYA – Seekor kucing dengan tiba-tiba mengalami sawan selepas pemiliknya dikatakan memberikan ubat kutu yang dibeli dalam talian.

Menerusi perkongsian video oleh pusat perubatan haiwan swasta, Furmily Animal Medical Centre di TikTok memperlihatkan seekor kucing berbulu corak belang seperti menggigil yang mana haiwan itu sebenarnya sedang sawan.

“Kes menggunakan ubat kutu yang salah. Kucing boleh jadi sawan. Segera ke veterinar sekiranya perkara seperti ini berlaku.

“Pastikan anda menggunakan ubat kutu yang betul. Rawatan yang cepat daripada veterinar dapat menyelamatkan kucing ini. Alhamdulillah kucing ini dapat diselamatkan,” menurut kapsyen pada video tersebut.

Dalam pada itu, pihak Furmily Animal Medical Centre turut berkongsi gambar ubat kutu yang menyebabkan ketoksikan, dikatakan diberikan kepada kucing tersebut.

Ubat kutu dibeli dalam talian didakwa menyebabkan kucing mengalami sawan.

“Hati-hati ‘ibu bapa’ haiwan di luar sana dalam membeli ubat kutu terutama secara dalam talian. Dapatkan konsultasi daripada veterinar anda sekiranya tidak pasti.

“Sama-sama kita elakkan perkara seperti ini daripada berlaku,” nasihat pihak tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI