fbpx

Kerajaan tidak hanya bela nasib penjawat awam tetapi seluruh rakyat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika beramah mesra bersama kakitangan Kementerian Kewangan (MOF) pada Majlis Perhimpunan warga Kementerian Kewangan, di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak hanya membela nasib penjawat awam sebaliknya setiap peringkat dalam masyarakat di seluruh negara turut menjadi fokus utama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini terbukti apabila kerajaan menambah peruntukan bagi setiap skim dan bantuan tunai kepada rakyat secara keseluruhannya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, adalah tidak benar mengaitkan kerajaan hanya tumpu kebajikan penjawat awam sahaja.

“Itu tidak benar sebaliknya kerajaan tumpu setiap sektor termasuk daripada pekebun kecil, orang kelainan upaya (OKU), nelayan dan sebagainya.

“Kita tahu orang bising tentang insentif pengeluaran getah malah, kita naikkan kadarnya dari RM2.70 pada 2023 kepada RM3 tahun ini membabitkan peruntukan sebanyak RM400 juta.

“Malah, kadar skim subsidi padi juga dinaikkan daripada RM360 pada 2022 kepada RM500 pada tahun 2023 selain harga lantai belian pada pula dinaikkan kepada RM1,300 pada tahun 2023 berbanding RM1,200 pada 2022,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI