fbpx

‘Kelas terapung’ atasi masalah sekolah padat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina beramah mesra bersama para pelajar ketika Program Tindak Susul Parlimen (TSP) Siri 1 Tahun 2024, di SMK Meru. Foto Saddam Yusoff

KLANG – Konsep mewujudkan ‘kelas terapung’ antara inisiatif terbaik dalam mengatasi masalah sekolah yang berkepadatan tinggi pelajar di seluruh negara.

Statistik terkini Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati sebanyak 86 sekolah padat dikenal pasti mempunyai lebih 40 pelajar dalam sesebuah kelas termasuk di sekitar Lembah Klang.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kelas terapung itu merupakan kelas atau bilik darjah khas yang diwujudkan bagi mengatasi kesesakan pelajar.

Jelas beliau, penggunaan fasiliti sekolah akan dioptimumkan sebaik mungkin pihak sekolah seperti makmal, bengkel, bilik bahasa dan bilik kesihatan.

“Namun, tidak semua sekolah akan menggunakan dinamika kelas terapung bagi subjek pelajaran tertentu itu dan ia bergantung kepada kesesuaiannya.

“Jika mereka ada kelas lebih, boleh buat konsep itu. Jika tiada, mungkin boleh guna kaedah lain bagi mengatasi masalah kepadatan pelajar,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, di sini hari ini.

Fadhlina memberitahu, hasil tinjauan pihaknya menerusi program Tindak Susul Parlimen (TSP) Siri Satu di SMK Meru itu mendapati sesi pembelajaran dan pergerakan pelajar berjalan dengan teratur setakat ini.

“Pihak pentabiran sekolah yang mempunyai mempunyai 4,198 pelajar dan 240 guru bagi sesi penuh itu mewujudkan kelas terapung dengan mengoptimumkan semua fasiliti.

“Jadi, pengalaman seumpama ini yang kita boleh lihat untuk digunakan di sekolah lain dalam jangka masa pendek atau sederhana,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI