fbpx

FDA siasat rempah India didakwa penyebab kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan masakan kari di sebuah restoran di London, Britain - Foto AFP

WASHINGTON  – Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) di Amerika Syarikat  sedang meneliti produk yang dihasilkan oleh dua pembuat rempah dari India kerana didakwa mengandungi racun makhluk perosak berisiko menyebabkan kanser, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Awal bulan ini, Hong Kong menggantung jualan tiga rempah  campuran keluaran syarikat MDH dan Everest kerana didakwa mengandungi  tahap tinggi etilena oksida.

Produk MDH dan Everest adalah antara yang paling popular di India dan seluruh dunia.

Syarikat Everest berkata, produknya selamat untuk dimakan,  manakala MDH tidak memberi sebarang komen berhubung perkara itu.

“FDA mengetahui laporan itu dan sedang mengumpulkan maklumat tambahan mengenai situasi yang berlaku,” kata seorang jurucakapnya. 

Singapura juga telah menarik balik rempah Everest untuk kari ikan dengan alasan kandungan tinggi etilena oksida yang  menimbulkan risiko kanser.

Lembaga Rempah India yang merupakan pengawal selia untuk eksport rempah negara berkenaan berkata, pihaknya sedang mencari maklumat mengenai eksport kedua-dua syarikat tersebut di Hong Kong dan Singapura.

Laman web kedua-dua syarikat itu tidak bersiaran pada Sabtu lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI